Wednesday, October 28, 2009

Pandangan 3D

Sinopsis Produk

Lampu menjadi satu elemen penting pada waktu malam. Ramai antara kita pernah melalui pengalaman blackout atau lampu yang rosak di rumah, pejabat atau pun di mana jua. Pada keadaan ini, kerja yang perlu diselesaikan perlu ditangguhkan, orang di rumah berada dalam keadaan ketakutan dan ada juga orang tidak tahu menukar lampu yang telah rosak. Ini menyebabkan kerugian masa dan tenaga.

Menyedari hakikat ini, kumpulan kami bersepakat untuk menginovasikan satu produk yang diberi nama “DUAL SMART LAMP”. Projek ini akan membantu orang ramai semasa mereka berada dalam keadaan kegelapan akibat daripada kerosakan lampu. Dual Smart Lamp ini mempunyai dua lampu. Ini bermakna jika satu lampu rosak secara tiba-tiba lampu yang kedua akan bernyala secara automatik. Oleh yang demikian, orang ramai tidak perlu menangguhkan kerja mereka akibat daripada kerosakan lampu ini. Dual Smart Lamp ini akan memberi kesan yang baik kepada semua pihak seperti pelajar sekolah, mahasiswa, ibu bapa, pekerja yang bekerja dan juga orang tua.

Kami menggunakan komponen yang senang didapati di pasaran dengan harga yang murah. Antara komponen yang kami gunakan ialah light control relay, P.Box, PIC 1684F, power transformer, komponen-komponen elektrik dan RELAY JQC-3F (T73). Kami mengambil dua bulan untuk menyiapkan projek ini dengan berpandukan tunjuk ajar Encik Abd Samad Hanif.

Kos bagi projek ini ialah dalam RM 60 sahaja. Oleh kerana projek ini menggunakan PIC dan UV VB board, ianya perlu penambahbaikan sebelum dikomersialkan. Walaubagaimanapun, kami percaya Dual Smart Lamp yang kami bangunkan ini dapat menjadi satu titik permulaan dalam era inovasi robotik apabila bergelar pendidik kelak.

Senarai Komponen

No. Komponen
1. Light Control Relay
2. P.BOX 103
3. PIC 1684F
4. Power Transformer
5. IC Socket 18 PIN
6. Developer
7. UV VB Board GS1530
8. Crystal (8 MHZ)
9. Relay JQC-3F(T73)
10. Resistor 10K OHM
11. Wire
12. Diod
13. Connector
14. Lamp 25 WATT
15. Screw
16. Ferric Chloride
17. Resistor 4.6 K OHM

18. Capasitor (1000UF)
19. Ceramic Capasitor (22PF)
20. Regulator (CC1RL V6)

Langkah Pembuatan

  1. Bagi menghasilkan PCB, kerja penyurihan terlebih dahulu dilakukan. Terdapat pelbagai cara penyurihan, samada menggunakan teknik UV, atau pun teknik tonner transfer atau juga dengan teknik lettering. Dalam projek ini kami menggunakan teknik UV dan papan PCB berjenis UV. Terlebih dahulu kami melukis litar dengan menggunakan perisian ‘eagle’.
  2. Kemudian mencetak litar yang dilukis mengikut saiz papan PCB. Seterusnya melekat lukisan tersebut pada kaca.
  3. Meletakkan papan PCB di atas lukisan yang dicetak dan menutup dengan kaca yang lain dengan cermat. Dalam langkah ini perlu memastikan papan PCB yang berjenis UV ini tidak terkena pada matahari.
  4. Seterusnya, terbalikkan lukisan dan PCB sekali dengan kaca dan menjemur di bawah cahaya matahari selama 2 minit. Ini bertujuan lukisannya akan melekat di atas PCB yang berjenis UV dengan ada cahaya matahari.
  5. Kemudian masuk developer ke dalam satu bekas dan campurkan dengan air. Masukkan papan PCB yang dijemur ke dalam campuran itu. Ia membentukkan litar yang berwarna hitam pada papan PCB.
  6. Seterusnya membuat proses etching. Proses Etching ialah menggunakan asid untuk menanggalkan kuprum-kuprum yang tidak dikehendaki pada PCB (PRITED CIRCUIT BOARD). Asid ini ialah ASID FERRIC III KLORIDA. Cara untuk mencairkan asid ini adalah dengan mencampurkan air panas kepadanya untuk bertindak balas kimia dalam air panas tersebut. Campuran ini tidak boleh terlalu pekat kerana ia akan melunturkan lukisan pada PCB dan seterusnya akan merosakkan litar yang diingini. Campuran ini juga tidak boleh terlalu cecair kerana ia akan mengambil masa yang panjang untuk proses Etching ini. Campuran ini haruslah bernisbah 4:1 , dimana 4 bahagian adalah air panas dan satu bahagian lagi adalah serbuk asid.
  7. Apabila PCB direndamkan ke dalam campuran ini, sentiasa menggoncang bekas yang disikan dengan asid supaya kuprum-kuprum yang tidak dikehendaki tertanggal. Pada masa ini cuma tinggalkan litar yang dicetak sahaja. Kemudian menjemur litar tersebut beberapa ketika.
  8. Seterusnya, masukkan semula papan litar ke dalam campuran developer supaya membuang kotoran dan kehitaman pada papan PCB. Akhirnya ia akan menghasilkan satu litar yang kemas.
  9. Kemudian lubang-lubang yang terdapat pada litar hendaklah digerudi dengan teliti supaya lubang tidak lari dari kedudukan asal. Selepas proses gerudi, perlu memasukkan komponen-komponen ke dalam lubang-lubang litar bagi menjalankan proses pematerian.
  10. Memateri komponen-komponen pada papan PCB. Teknik pematerian komponen yang betul perlu dipraktikkan bagi menjamin kecantikan pematerian pada kaki komponen. Kaki-kaki komponen perlulah dipotong selepas menjalani proses pematerian.
  11. Litar yang siap dipateri.
  12. Mula memasang alat-alat atau perkakasan projek iaitu power box 103, connector, lamp 25 watt, wire, screw dan sensor.
  13. Akhirnya membuat programming bagi membolehkan projek berfungsi