Wednesday, October 28, 2009

Langkah Pembuatan

  1. Bagi menghasilkan PCB, kerja penyurihan terlebih dahulu dilakukan. Terdapat pelbagai cara penyurihan, samada menggunakan teknik UV, atau pun teknik tonner transfer atau juga dengan teknik lettering. Dalam projek ini kami menggunakan teknik UV dan papan PCB berjenis UV. Terlebih dahulu kami melukis litar dengan menggunakan perisian ‘eagle’.
  2. Kemudian mencetak litar yang dilukis mengikut saiz papan PCB. Seterusnya melekat lukisan tersebut pada kaca.
  3. Meletakkan papan PCB di atas lukisan yang dicetak dan menutup dengan kaca yang lain dengan cermat. Dalam langkah ini perlu memastikan papan PCB yang berjenis UV ini tidak terkena pada matahari.
  4. Seterusnya, terbalikkan lukisan dan PCB sekali dengan kaca dan menjemur di bawah cahaya matahari selama 2 minit. Ini bertujuan lukisannya akan melekat di atas PCB yang berjenis UV dengan ada cahaya matahari.
  5. Kemudian masuk developer ke dalam satu bekas dan campurkan dengan air. Masukkan papan PCB yang dijemur ke dalam campuran itu. Ia membentukkan litar yang berwarna hitam pada papan PCB.
  6. Seterusnya membuat proses etching. Proses Etching ialah menggunakan asid untuk menanggalkan kuprum-kuprum yang tidak dikehendaki pada PCB (PRITED CIRCUIT BOARD). Asid ini ialah ASID FERRIC III KLORIDA. Cara untuk mencairkan asid ini adalah dengan mencampurkan air panas kepadanya untuk bertindak balas kimia dalam air panas tersebut. Campuran ini tidak boleh terlalu pekat kerana ia akan melunturkan lukisan pada PCB dan seterusnya akan merosakkan litar yang diingini. Campuran ini juga tidak boleh terlalu cecair kerana ia akan mengambil masa yang panjang untuk proses Etching ini. Campuran ini haruslah bernisbah 4:1 , dimana 4 bahagian adalah air panas dan satu bahagian lagi adalah serbuk asid.
  7. Apabila PCB direndamkan ke dalam campuran ini, sentiasa menggoncang bekas yang disikan dengan asid supaya kuprum-kuprum yang tidak dikehendaki tertanggal. Pada masa ini cuma tinggalkan litar yang dicetak sahaja. Kemudian menjemur litar tersebut beberapa ketika.
  8. Seterusnya, masukkan semula papan litar ke dalam campuran developer supaya membuang kotoran dan kehitaman pada papan PCB. Akhirnya ia akan menghasilkan satu litar yang kemas.
  9. Kemudian lubang-lubang yang terdapat pada litar hendaklah digerudi dengan teliti supaya lubang tidak lari dari kedudukan asal. Selepas proses gerudi, perlu memasukkan komponen-komponen ke dalam lubang-lubang litar bagi menjalankan proses pematerian.
  10. Memateri komponen-komponen pada papan PCB. Teknik pematerian komponen yang betul perlu dipraktikkan bagi menjamin kecantikan pematerian pada kaki komponen. Kaki-kaki komponen perlulah dipotong selepas menjalani proses pematerian.
  11. Litar yang siap dipateri.
  12. Mula memasang alat-alat atau perkakasan projek iaitu power box 103, connector, lamp 25 watt, wire, screw dan sensor.
  13. Akhirnya membuat programming bagi membolehkan projek berfungsi

No comments:

Post a Comment