Wednesday, October 28, 2009

Kelebihan dan Kelemahan

Projek Dual Smart Lamp yang kami bangunkan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan. Walaubagaimanapun kelebihannya lebih berbanding dengan kelemahan.


Kelebihan yang ada pada Dual Smart Lamp yang kami bangunkan ini adalah:

Ø Membantu orang ramai pada masa kecemasan iaitu pada waktu kerosakan lampu

Ø Orang ramai tidak perlu bergegas untuk membeli dan menukar lampu yang rosak pada waktu malam

Ø Penghuni rumah boleh menyambung membuat kerja tanpa perasaan takut


Projek yang kami bangunkan ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya:

Ø Dual Smart Lamp ini hanya akan beroperasi apabila lampunya rosak sahaja. Ia tidak beroperasi apabila berlaku blackout

Ø Kosnya mahal kerana guna PIC


Kesimpulan

Dual Smart Lamp merupakan satu inovasi yang diilhamkam oleh kumpulan kami. Projek ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak pada masa kecemasan iaitu apabila lampu rosak pada waktu terdesak.

Ia merupakan satu usaha yang baru dan pertama bagi ahli kumpulan kami. Oleh yang demikian, kami menghadapi pelbagai cabaran semasa menyipakan projek ini. Ini adalah kerana kekurangan pengetahuan mengenai PIC, programming dan juga komponen-komponen yang digunakan dalam pembuatan projek ini.

Walaubagaimanapun, semasa pembinaan projek ini, ahli-ahli kumpulan kami dapat meningkatkan pengetahuan kami demi untuk menyiapkan projek ini dengan berjaya. Kami berharap, usaha pertama ini dapat diaplikasikan pada tahap yang seterusnya bagi penambahbaikan projek ini.

Pameran Projek Robotik